Dari segi sejarah tulisan jawi memainkan peranan penting dalam mempertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu alam Melayu sejak kedatangan Islam di rantau ini pada abad ke 13.Di zaman keagungan Islam di alam melayu pada abad17 dan 18, banyak karya hasil penulisan para ilmuan tempatan seperti Hamzah Fanmari,Nuruddin dan sebagainya menulis karya mereka adalah tulisan jawi. Cuma apabila kuasa-kuasa barat datang mulai abad ke 18 dan 19 baharulah tulisan jawi mulai terpinggir kesan daripada pengaruh sistem pendidikan barat. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, usaha-usaha untuk mengembalikan tulisan jawi telah dimulakan. Namun perlaksanaannya masih jauh daripada yang diharapkan. Baru-baru ini ada usaha gigih untuk mengembalikan statusnya kepada yang sewajarnya. Semua pihak dalam masyarakat kita dan umat Islam seluruhnya perlu prihatin terhadap kedudukan tulisan jawi. Oleh yang demikian,sangatlah wajar kita perhatikan sungguh-sungguh tentang perlaksanaan tulisan jawi dalam sistem pendidikan di Negara kita. Ini menyentuh beberapa aspek dari segi pelajaran dan pendidikan,perlaksanaan dan penghayatan serta membuktikan kecintaan kita kepada tulisan jawi. Adalah lebih penting bagi kita memikirkan nagaimana tulisan jawi dapat diberi tempat dan kedudukan sewajarnya.Kita perlumemartabatkan semula tulisan jawi kerana ia bukan sahaja sebagai suatu kemahiran,tetapi juga sebagai ilmu dan dengan tulisan jawi dapat kita memperkayakan khazanah ilmu yang sedia ada dalam diri kita. Kecintaan kita kepada tulisan jawi memang jelas dan nyata,tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka dan berdaulat,kita pasti ingin mempertabatkan jati diri dan identity bangsa yang bermaruah.Sebagai seorang Melayu, kita ingin melihat umat Melayu yang terdiri lebih daripada 200 juta manusia di Nusantara menjadi bangsa yang besar,bukan hanya pada bilangan tetapi juga pada kualiti,mempunyai prinsip dan keperibadian yang jelas.Sebagai seorang Islam,tidak syak lagi kita ingin mendekatkan diri kepada sumber ajaran Islam iaitu al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Nabawiyah. Begitu juga kita ingin tergolong dalam golongan umat Islam secara lebih lebih bermakna kerana kita sedar bahawa umat Islam telah membina satu tamadun besar dan kita tidak ada pilihan melainkan hidup sebagai seorang Islam. Semua keinginan itu akan tercapai dengan menghayati tulisan jawi. Jika tidak secara beransur-ansur kita akan kehilangan identiti dan maruah akan kehilangan prinsip dan keperibadian dan akan terjauh daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Tulisan Jawi Di peringkat Sekolah
i)Pra sekolah
Tulisan jawi diajar kepada kanak-kanak Melayu secara yang mudah dan asas bagi mengenal huruf Jawi alif,ba,ta…
ii)Di Peringkat Sekolah Rendah
Tulisan jawi diajar melalui pelajaran pendidikan Islam tetapi tidak diberi tumpuan khusus memandangkan guru-guru agama terpaksa memberi keutamaan dari segi ilmu yang perlu diselesaikan.Mereka tidak mempunyai waktu untuk mengajar tulisan jawi,yang dilakukan hanya secara tidak langsung.Oleh itu kesannya tidak begitu memuaskan.Bagi murid-murid sekolah rendah yang mengikuti pengajian agama Islam di sekolah agama atau pengajian al-Quran dan fardu Ain dapat kesempatan yang lebih bagi mempelajari tulisan jawi.Murid-murid yang tiada kesempatan demikian telah tercicir.
iii) Di Peringkat Sekolah Menengah
Di sekolah menengah rendah dan tinggi,murid-murid tidak belajar tulisan jawi,hanya bergantung kepada kemahiran di peringkat sekolah rendah.mereka sepatutnya mengikuti pengajian pendidikan Islam dalam Bahasa Melayu tulisan jawi kerana buku teks rasmi ditulis dalam tulisan jawi.Tetapi oleh kerana mereka tidak mahir atau tidak berminat,mereka beralih kepada buku-buku pendidikan Islam dalam tulisan Rumi.Di peringkat ini,murid-murid sekolah menengah kebangsaan dan sealiran dengannya tidak mahir dalam tulisan jawi.Sementara itu di sekolah –sekolah menengah agama kebangsaan(kerajaan),pencapaian kemahiran dalam tulisan jawi adalah lebih baik dan ia lebih baik lagi di sekolah menengah agama rakyat(tradisional).
iv)Di Peringkat Pengajian Tinggi
Di peringkat ini penggunaan tulisan jawi agak terbatas.Ia hanya dipelajari secara tidak langsung melalui pengajian Islam dan bahasa arab.Selain daripada itu tulisan Jawi dipelajari di pusat-pusat pengajian tinggi kerana:
· Melahirkan guru-guru Bahasa Melayu yang berminat dan kemampuan mengajar tulisan jawi seperti di sesetengah maktab perguruan dan dalam program diploma pendidikan university-universiti:contohnya MPSI UPM pada satu masa dahulu.
· Sebagai satu pengajian tentang struktur dan sistem dalam Bahasa Melayu
· Sebagai seni khat atau kaligrafi Melayu
· Sebagai cabang kesenian Islam Boleh dikatakan tidak ada keselarasan pembelajaran dan penggunaan tulisan jawi di peringkat persekolahan.
Peranan Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Nasional (Penjawin)
Dari segi penggunaan dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tulisan jawi,satu panel pakar perunding perlu dibentuk.Ia adalah terdiri daripada ahli bahasa /sastera dan pakar-pakar dalam tulisan dan khat jawi.di samping itu penyelidikan yang berkaitan dengan kepentingan kemajuan dalam usaha mengembalikan kegemilangan tulisan jawi juga perlu diadakan.Kegiatan-kegiatan perlu melibatkan agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi dan orang-orang perseorangan.
Tanggungjawab
Beberapa pendapat,pandangan dan cadangan telah dikemukakan untuk menjadi tanggungjawab beberapa pihak. I.
I. Penjawim
Tanggungjawab dan Responsibiliti bagi pelaksanaan Tulisan Jawi dalam Bidang Pendidikan Dalam pelaksanaan tulisan jawi,pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan kurikulum untuk guru dan ia terserah kepada pihak guru yang berkemampuan untuk menyediakan bahan kepada murid.
1. Selaras dengan itu dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan dapat menyediakan buku teks khas pelajaran Jawi serta buku-buku latihan,buku kerja dan buku-buku bacaan dalam tulisan jawi sebagai bahan sokongan dalam latihan atau pengukuhan pelajaran jawi.
Kesimpulan
Tugas berat ini tidak hanya dipikul oleh Penjawim,tetapi sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama khususnya kaum pendidik,perancang pendidikan Negara,pemimpin-pemimpin,pembuat dasar,ketua-ketua jabatan,media massa dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti mendidik masyarakat.Dengan adanya kerjasama semua pihak,Insha Allah tugas besar ini akan menjadi mudah untuk direalisasikan.
Rujukan
1. Abdul Halim Nasir,Ukiran Kayu Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1986.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan